Kehidupan awal Deborah Priya Henry

Dilahirkan di Dublin, Deborah dibesarkan di Kuala Lumpur. Ibunya orang Ireland, manakala bapanya orang India Malaysia. Deborah belajar di Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur dan semasa bersekolah, beliau cemerlang dalam sukan dan bermain bola keranjang serta bola tampar. Dia pernah memenangi pingat emas dalam temasya sukan olahraga Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur serta juga piala "Ahli Sukan Wanita Tahunan".

Deborah mula bekerja sebagai model ketika berumur 15 tahun dan bekerja di London selama 7 bulan. Dia juga muncul dalam video muzik Estranged, "Itu Kamu". Deborah mempunyai ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang sains politik dan ekonomi dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia. Dia kemudian mengasaskan Open Doors, sebuah pertubuhan amal yang menumpukan hak asasi manusia dan pembangunan boleh kekal, dengan matlamat jangka panjang untuk membasmi kemiskinan.

Deborah suka membaca, mendengar muzik, melancong, dan mereka hidangan dengan menggunakan rempah-rempah Thailand, India, dan Maghribi. Dia juga memelihara seekor anjing Labrador yang dinamai Bailey serta seekor anjing kacukan yang bernama Twinkle sebagai binatang kesayangannya. Moto Deborah ialah "Buat apa sahaja yang kamu dapat buat dengan keupayaan dan sumber kamu. Setiap orang boleh memainkan peranan dalam masyarakat, sekarang dan pada masa depan."

Rujukan

WikiPedia: Deborah Priya Henry http://beautyroyals.beautymania.biz/2011/06/miss-u... http://www.budiey.com/sekitar-suprise-birthday-par... http://www.deborah-henry.com/ http://www.missworld.com/bio/bio.sps?iBiographyID=... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/12... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/... http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/02/27/d... http://web.archive.org/web/20071025033813/http://w... http://www.rosengurtt.co.uk/events_parties/contest...